Laman Web G4s – Terma dan Syarat penggunaan Masukkan ini

Segala bahan yang terkandung di dalam laman web ini telah disediakan khusus untuk menyampaikan informasi tentang G4S plc, anak syarikatnya dan syarikat yang sekutu dengannya (ā€œG4Sā€) berserta perkhidmatan-perkhidmatan yang tawarkan oleh mereka.

G4S telah memastikan penjagaan dan kemahiran yang munasabah dalam menyusun kandungan yang terdapat di dalam laman ini, tiada jaminan dapat diberikan (secara tersurat atau tersirat) terhadap ketepatan atau kesempurnaan mana-mana maklumat yang berada di dalam laman ini atau diterbitkan oleh pihak ketiga yang dirujuk melalui pautan daripada laman ini.

Laman ini tidak mengandungi tawaran, cadangan atau jemputan untuk menjual, atau rayuan untuk melanggan sesuatu tawaran atau cadangan untuk membeli sebarang pegangan dalam G4S plc.

Dengan memasuki laman ini, anda bersetuju bahawa, selagi ianya dibenarkan oleh undang-undang, G4S tidak boleh didakwa atas apa-apa kerosakan (termasuk kerosakan yang khusus, secara langsung atau tidak langsung), samada tindakan yang dibenarkan oleh kontrak atau salah laku, yang timbul daripada atau berkaitan dengan (a) mana-mana maklumat yang terdapat di dalam laman ini, dan (b) perbuatan atau bukan perbuatan laman ini sendiri

Perkhidmatan dan barangan yang dibekalkan oleh G4S adalah subjek kepada syarat-syarat kontrak bagi perkhidmatan dan barangan tersebut, salinan syarat tersebut boleh diberikan dengan permintaan.
Laman ini dilindungi dengan hakcipta, dan semua harta intektual (termasuk hak tanda perdagangan, paten dan rekabentuk) dan jenama yang terkandung di dalam material yang dimiliki oleh G4S.

Anda hanya boleh menyimpan di dalam computer peribadi anda atau mencetak salinan material yang terdapat di dalam laman ini bagi kegunaan peribadi dan bukan bertujuan komersial dan anda tidak boleh mengadaptasi, mengubah atau mengguna semula teks atau grafik daripada laman ini tanpa kebenaran bertulis daripada G4S terlebih dahulu.